Tuesday, 4 August 2020

INSTRUMEN DIAGNOSTIK PASCA PKP BAHASA MELAYU DAN MATEMATIK PEMULIHAN KHAS

    Syukur ke hadrat Allah dengan izin-Nya, Unit Pemulihan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan Instrumen Diagnostik Pasca PKP Bahasa Melayu dan Matematik Pemulihan Khas untuk kegunaan Guru Pemulihan Khas daerah Bangsar/Pudu. Usaha ini telah dibantu oleh Guru-guru Pemulihan Khas (PILOT ReSpecT) yang berpengalaman dalam program Pemulihan Khas di sekolah-sekolah daerah Bangsar/Pudu. Tahniah diucapkan atas komitmen yang ditunjukkan oleh Guru-guru Pemulihan Khas (PILOT ReSpecT) sehingga terhasilnya Instrumen Diagnostik Pasca PKP Bahasa Melayu dan Matematik Pemulihan Khas.

    Tujuan utama penghasilan instrumen ujian diagnostik ini adalah untuk melihat sejauh mana tahap pencapaian murid pemulihan khas pasca PKP berbanding pencapaian mereka sebelum PKP. Instrumen ini juga dibina sebagai pemudahcara oleh Guru Pemulihan Khas sebelum melaksanakan Ujian Pengesanan kali kedua.

    Akhir kata, diharapkan Instrumen Diagnostik Pasca PKP dapat digunakan oleh Guru-guru pemulihan khas PPD Bangsar/Pudu dalam merancang PdP yang berkesan untuk murid-murid Pemulihan Khas. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat yang optimum dalam membantu kecemerlangan murid-murid Pemulihan Khas.

Pertandingan Keceriaan Ambang Aidilfitri

   Puan Noorhayati binti Abdul Samad telah dilantik untuk mengetuai tugasan ini.